Sultan Pahang titah tindakan tegas terhadap pihak persenda agama

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menegaskan bahawa sebarang perbuatan menghina Islam, mencabar kesuciannya atau menyemai kebencian terhadap agama Allah SWT tidak boleh dipandang ringan dan hendaklah dikenakan tindakan setimpal mengikut peruntukan undang-undang negara.

Baginda bertitah Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai kedudukan istimewa dan wajib dihormati oleh semua pihak.

Justeru, sebarang bentuk provokasi, penghinaan atau tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama perlu ditangani secara tegas serta berlandaskan prinsip keadilan.

Al-Sultan Abdullah bertitah pihak berkuasa wajib bertindak tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati bersalah.

Namun, setiap tindakan hendaklah dilaksanakan secara adil, saksama dan berhemah.

“Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya didorong oleh emosi atau tekanan mana-mana pihak, sebaliknya mestilah berasaskan fakta, bukti dan peruntukan undang-undang yang jelas.

“Ambillah tindakan yang tegas tetapi biarlah adil. Berikan pengajaran sewajarnya tanpa membakar emosi mana-mana pihak serta pastikan keadilan ditegakkan demi kestabilan negara tercinta,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Kesultanan Pahang.

Menyentuh insiden berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang berlaku baru-baru ini, baginda bertitah perkara tersebut mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman negeri.

Baginda turut mengingatkan bahawa keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat.

Titah baginda, sebarang isu berkaitan agama hendaklah ditangani dengan penuh kebijaksanaan agar tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.

Baginda juga menegaskan bahawa kerajaan dan pemimpin di semua peringkat perlu memainkan peranan utama dengan menunjukkan contoh kepimpinan yang matang, berintegriti dan berprinsip dalam mempertahankan kesucian agama.

Sultan Pahang turut menzahirkan harapan agar semua pihak menghormati sensitiviti agama serta bersama-sama memelihara keharmonian yang sekian lama menjadi asas kekuatan negara. – MYBERITA

BACA JUGA:  Sultan Pahang titah rakyat dirikan solat hajat, doa tolak bala malam Jumaat

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...