Malaysia Airlines batal penerbangan ke Doha, Jeddah dan Madinah

SEPANG – Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Doha, Jeddah serta Madinah pada 28 Februari hingga 1 Mac ini susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat akibat perkembangan keselamatan serantau yang semakin meruncing.

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal.

Antara penerbangan terlibat ialah MH160 (KUL–DOH), MH156 (KUL–JED) dan MH158 (KUL–MED) pada 28 Februari selain MH159 (MED–KUL) serta MH161 (DOH–KUL) pada tarikh sama.

Turut dibatalkan ialah penerbangan MH164/MH165 (DOH–KUL) dan MH157 (JED–KUL) pada 1 Mac 2026.

Menurut kenyataan itu, semua penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan akan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif sekiranya perlu.

“Penerbangan ke destinasi terlibat akan digantung sementara sehingga penilaian lanjut terhadap situasi keselamatan dibuat,” menurut kenyataan berkenaan.

Penumpang yang terjejas dinasihatkan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing menerusi fungsi ‘My Booking’ bagi mendapatkan maklumat terkini.

Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh diperoleh melalui Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar negara).

Dalam pada itu, penerbangan MH4 dari Kuala Lumpur ke London Heathrow Airport dan MH20 ke Paris Charles de Gaulle Airport kekal beroperasi seperti dijadualkan setakat ini.

Kedua-dua penerbangan tersebut menggunakan laluan alternatif melalui ruang udara Afghanistan yang berada jauh dari zon konflik terjejas.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal menjadi keutamaan kami,” jelas kenyataan itu.

Malaysia Airlines menegaskan akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil segala langkah perlu bagi memastikan operasi penerbangan kekal selamat dan boleh dipercayai. – MYBERITA

BACA JUGA:  Idea kreatif agih duit raya, semua 'collect' duit dalam kotak secara 'random'
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...