Kanak-kanak lima tahun putus jari, mangsa pertama kes mercun di Kedah

MERBOK – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa pertama kes letupan mercun di Kedah selepas jari telunjuknya terputus serta mengalami kecederaan pada mata dalam kejadian di Kampung Tempoyak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Hafiz Muhammad Yusri, 5, turut mengalami kecederaan parah pada sebahagian tangan kiri selain luka di bahagian perut dipercayai akibat letupan mercun bola.

Nenek mangsa, Robeah Abdul Rahman yang berusia lingkungan 70-an berkata, ketika kejadian cucunya itu baru sahaja pulang dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, Muhammad Hafiz dikatakan masuk ke dalam salah sebuah bilik manakala abangnya keluar untuk mengambil kakaknya yang bersekolah di Sungai Layar.

“Secara tiba-tiba kami terdengar satu bunyi letupan kecil sebelum dia berlari keluar dari bilik dalam keadaan menangis sambil memegang tangan kirinya yang berdarah menuju ke rumah saya yang terletak bersebelahan.

“Dalam keadaan terkejut, dia memberitahu mercun bola itu telah meletup dan menunjukkan jari telunjuknya yang sudah terputus,” katanya ketika ditemui di Kampung Tempoyak, hari ini.

Robeah berkata, dia kemudian mencuci luka pada jari serta muka cucunya yang dipenuhi darah sebelum menghubungi ibu mangsa yang ketika itu berada di sebuah kedai dobi di Jalan Batu Hampar.

Katanya, selepas membalut luka pada tangan mangsa, dia turut memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa kanak-kanak itu yang sedang bertugas sebagai pemandu di sebuah sekolah di Sungai Petani.

“Muhammad Hafiz kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merbok sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Bagaimanapun, dia kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan difahamkan berada dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Tambahnya, dia amat sedih dengan kejadian yang menimpa cucunya itu lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

BACA JUGA:  Anak kucing dalam kotak, ditindih batu bata

“Biasanya setiap kali pulang dari Pasti, dia akan datang bermain dan makan di rumah saya, tetapi semalam dia tidak berbuat demikian.

“Kami sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat mercun bola itu,” katanya.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...