18 Jun 2026, 7:14 PM

“Toy Story 5” angkat isu ketagihan teknologi dalam kalangan kanak-kanak

0
"Toy Story 5" angkat isu ketagihan teknologi dalam kalangan kanak-kanak

Filem terbaharu itu memperkenalkan watak baharu, Lilypad, sebuah tablet berbentuk katak yang disuarakan oleh Greta Lee, yang menjadi alat komunikasi utama Bonnie bersama rakan-rakan sekolahnya, namun pada masa sama mula menjejaskan perkembangan imaginasi serta interaksi sosialnya.

KUALA LUMPUR – Filem animasi popular Disney Pixar, Toy Story 5, kembali menampilkan Woody, Buzz Lightyear dan Jessie dalam misi menyelamatkan Bonnie daripada pengaruh penggunaan teknologi yang semakin membentuk kehidupan kanak-kanak masa kini.

Filem terbaharu itu memperkenalkan watak baharu, Lilypad, sebuah tablet berbentuk katak yang disuarakan oleh Greta Lee, yang menjadi alat komunikasi utama Bonnie bersama rakan-rakan sekolahnya, namun pada masa sama mula menjejaskan perkembangan imaginasi serta interaksi sosialnya.

Pengarah bersama dan penulis bersama, Kenna Harris, berkata idea penceritaan filem tersebut lahir daripada realiti semasa yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan generasi muda.

“Devices have been in the lives of us [and] of our kids for a pretty long time, so by the time we started writing the movie, it was like, ‘Oh my gosh, we gotta catch up,” katanya.

Filem yang dijadualkan ditayangkan pada 19 Jun 2019 itu turut mengetengahkan isu buli siber serta cabaran membina persahabatan dalam kalangan kanak-kanak, selain menekankan kepentingan permainan imaginatif yang semakin terhakis akibat penggunaan gajet.

Pelakon suara Woody, Tom Hanks, mengakui setiap penerbitan semula francais itu memerlukan komitmen tinggi daripada barisan pelakon dan produksi.

“If they’re going to come to us and say there is another Toy Story to tell, you got to gear up for that,” katanya.

Dalam perkembangan cerita, watak Jessie diberikan tumpuan utama apabila berusaha membantu Bonnie mencari erti sebenar persahabatan, dibantu Woody dan Buzz yang kembali dengan karakter ikonik masing-masing.

Filem berkenaan turut menampilkan elemen “girl power” menerusi Jessie dan Lilypad yang bukan sahaja berdepan konflik, tetapi juga bekerjasama dalam menyelesaikan misi mereka.

Secara keseluruhan, Toy Story 5 membawa mesej tentang kepentingan imaginasi, pembentukan persahabatan serta peranan ibu bapa dalam mendepani cabaran dunia digital yang semakin berkembang.

Filem ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Jadi, ajaklah anak-anak sekali untuk tonton di pawagam berhampiran, sambil sama-sama enjoy kisah penuh emosi, lawak dan pengajaran yang dekat dengan kehidupan kita hari ini.

About The Author

Tinggalkan Balasan