Khamis, Jun 18, 2026
Google search engine
HomeJENAYAH13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar KV Lahad Datu

13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar KV Lahad Datu

TAWAU – Seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol ketika membacakan keputusan itu berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kesemua tertuduh.

Mereka disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 304 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua remaja itu didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama kolej berkenaan antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2023.

Berita lanjut menyusul.

About The Author

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments