Home Semasa “Sebelum ni ada orang dekat sebelah, tahun ni mungkin tiada”, Hisham Hamid akui raya tahun ini berbeza

“Sebelum ni ada orang dekat sebelah, tahun ni mungkin tiada”, Hisham Hamid akui raya tahun ini berbeza

0
“Sebelum ni ada orang dekat sebelah, tahun ni mungkin tiada”, Hisham Hamid akui raya tahun ini berbeza
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.

Hisham telah melakukan tujuh kali penerbangan ulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura atas urusan kerja.


KUALA LUMPUR – “Soal jodoh bukan satu perkara yang saya cari, tapi kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tiada pun, saya okay sahaja”, demikian ujar pelakon, Hisham Hamid, yang memberitahu bahawa soal jodoh bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaannya buat masa ini.
 
Beliau yang sibuk dengan pelbagai komitmen di Malaysia dan Singapura berkata, kehidupannya kini sudah cukup memuaskan.
 
 “Saya selesa dengan kehidupan sekarang dan sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan. Siapa yang kenal saya pasti tahu tahap kesibukan saya sejak kebelakangan ini, dan saya okay dengan kehidupan seperti ini,” katanya.
 
Hisham yang sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura atas urusan perniagaan serta komitmen kerja mengakui bahawa tempoh ini adalah antara yang paling sibuk dalam jadualnya. Dalam hampir dua minggu berpuasa, beliau telah melakukan tujuh kali penerbangan ulang-alik antara kedua-dua negara.
 
Bercakap mengenai perancangan menjelang Syawal, Hisham berkongsi bahawa beliau akan menyambut Aidilfitri di Singapura bersama ibunya dan anak-anak. Tradisi pulang ke Singapura beberapa hari sebelum Hari Raya masih diteruskan, dan beliau bercadang untuk berada di sana selama seminggu sebelum kembali ke Malaysia bagi meneruskan komitmen kerja.
 
“Perbezaan mungkin ada. Sebelum-sebelum ini ada orang di sebelah, tahun ini mungkin tiada. Tapi anak-anak ada, mak ada, jadi saya kira nikmat yang ada. Yang tiada itu kita reda, yang ada ini kita raikan,” ujarnya dengan penuh makna.
 
Persiapan Hari Raya Hisham juga lebih sederhana kali ini. Ibunya berpesan agar tidak membeli kuih Raya kerana kebiasaannya banyak kuih akan diberikan oleh saudara-mara dan rakan-rakan. Pemilihan baju Raya pula diserahkan kepada anak sulungnya, yang kini memainkan peranan sebagai ‘wanita dalam keluarga’.
 
“Dia yang tentukan warna dan rekaan, saya hanya ikut sahaja. Saya pula, biasalah, hanya jadi tukang bayar,” katanya.
 
Walaupun Ramadan ini mencabar dari segi fizikal, Hisham tetap bersyukur dengan sokongan peminat dan pelanggan perniagaannya.
 
“Penat memang penat, letak kepala terus boleh tidur, tapi saya seronok. Alhamdulillah, ini rezeki dan peluang yang saya sangat hargai,” tambahnya.

Hisham sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 dengan, Rosmawati Hanaf, dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nurish Syameliah dan Haydeen. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here