Gabung ilmu Islam dan TVET, PSA lahirkan generasi Techno Huffaz

PSA menjadi lokasi keempat bagi siri Majlis Iftar Mahabbah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dengan penyertaan lebih 1,400 orang kakitangan serta pelajar, termasuk bukan Islam dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). (Foto PSA)


SHAH ALAM – Tradisi keilmuan Islam yang menekankan keseimbangan antara akademik dan hafazan al-Quran terus diperkukuh melalui Program Techno Huffaz yang diperkenalkan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) selain turut menggabungkan pendidikan teknikal dan rohani dalam usaha melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.
 
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, memuji inisiatif PSA dalam memperkenalkan program berkenaan yang dilihat sejajar dengan tradisi cendekiawan Islam terdahulu seperti Al-Khawarizmi dan Ibn Sina. Beliau berkata demikian dalam Majlis Iftar Mahabbah 2025 yang diadakan di PSA semalam.
 
“Tradisi keilmuan Islam menunjukkan bahawa ilmuwan terdahulu bukan sahaja pakar dalam bidang mereka, tetapi juga hafiz al-Quran. Mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, dan ini memberi kelebihan kepada mereka dalam menguasai pelbagai ilmu,” katanya.
 
Program Techno Huffaz yang diperkenalkan sejak 2017 ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghafal al-Quran sambil menjalani latihan dalam pelbagai bidang teknikal seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan automotif.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh keseimbangan antara pendidikan teknikal dan pembangunan rohani.
 
Dalam majlis tersebut, Mustapha turut menzahirkan penghargaan kepada PSA atas kejayaan mereka menerima beberapa pengiktirafan termasuk sebagai Politeknik Berprestasi Tinggi bagi kategori Politeknik Premier, Anugerah Projek Pembangunan RMK-12 Terbaik serta pengiktirafan dalam Finishing School Program Participation Award bagi Upskilling Grant for Medical Devices Industries.
 
Selain itu, beliau juga menyerahkan sumbangan Bantuan Kasih Ramadan daripada Yayasan Perkasa Siswa kepada 20 orang pelajar terpilih serta Sumbangan Kasih Ramadan Pusat Islam PSA kepada 20 Rakan Pusat Islam (RAPI).
 
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Sapian, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Kamaludin Daud dan Pengarah PSA, Zainah Rujihan serta para pengarah bahagian JPPKK dan pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
BACA JUGA:  Empat kekalahan berturut-turut, Nidzam Jamil letak jawatan ketua jurulatih Negeri Sembilan FC
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...