Ratu Naga dibebaskan dengan jaminan polis

TELUK INTAN – Aktivis politik dan penyedia kandungan media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran video tular melibatkan sekumpulan kanak-kanak menyanyikan lagu kebesaran negeri Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada Khamis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.

“Penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak.

Tujuan utama adalah untuk melengkapkan siasatan berkaitan video tular yang mendapat perhatian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan Ratu Naga ditahan berhubung dakwaan yang tular di media sosial, menyatakan kononnya pelajar sebuah sekolah Cina di Perak menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku dalam bahasa Mandarin, yang kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Peguamnya, Zaid Malek mengesahkan anak guamnya ditahan ketika hadir di IPD Petaling Jaya pada Khamis.

Sementara itu, Dr Bakri turut menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

“Penyebaran maklumat palsu adalah satu kesalahan serius dan boleh mengganggu keharmonian negara.
Masyarakat diseru untuk lebih bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat, terutama di media sosial,” katanya.

BACA JUGA:  Fattah terharu Biduanita Negara komen tentang hubungannya dengan Amira
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...