JDT belasah Kelantan 9-0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta\’zim (JDT) sekali lagi membuktikan status sebagai kuasa besar bola sepak tempatan apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 dalam aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan besar ini turut menyaksikan penyerang sensasi, Bergson da Silva mencipta sejarah tersendiri apabila meledak lima gol dalam satu perlawanan sekali gus menjadikan beliau penjaring terbanyak dalam saingan liga dengan 31 gol.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Bergson menolak masuk bola hantaran lintang Park Jun-heong seawal minit kelapan.

Bergson kemudian menambah gol kedua menerusi tandukan hasil sepakan sudut Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-20, sebelum melengkapkan hatrik empat minit kemudian selepas merembat bola dari luar kotak penalti.

Bekas penyerang Las Palmas, Jese Rodriguez turut mencuri tumpuan apabila melakukan beberapa hantaran berbahaya, termasuk memberi umpanan untuk gol keempat Bergson pada minit ke-30.

Bergson terus membuktikan ketajamannya di hadapan gol apabila menjaringkan gol kelima peribadi pada minit ke-36 hasil sepakan sudut Juan Muniz yang gagal disekat kemas oleh benteng pertahanan pelawat.

Bersambung babak kedua, giliran Romel Morales pula menambah dua lagi gol buat JDT pada minit ke-54 dan 57, kedua-duanya hasil gerakan menarik dari sayap kanan dan kiri pasukan tuan rumah.

Pemain gantian, Shahrul Saad mencuri tumpuan apabila turut mencatat nama sebagai penjaring gol kelapan pada minit ke-68 selepas menerima lorongan kemas daripada Bergson.

Menjelang penghujung perlawanan, pemain veteran Safiq Rahim melengkapkan malam gemilang skuad Harimau Selatan apabila meledak gol kesembilan JDT pada minit ke-83, menjadikan keputusan akhir 9-0.

BACA JUGA:  \"Saya pun naik darah banyak orang ceroboh tanah...\" - Al-Sultan Abdullah

Kekalahan ini jelas memberikan tamparan hebat buat pasukan KDN FC yang turun tanpa kelibat pemain import dan gagal menyaingi tempo permainan JDT sepanjang 90 minit perlawanan.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...