Bekas hakim dipenjara enam bulan dan didenda RM25,000 kerana rasuah

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 terhadap bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas, 50, selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM5,000 berkaitan prosiding mahkamah.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara membenarkan rayuan akhir pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang hanya mengenakan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 terhadap Azmil.

“Kesalahan rasuah ini sangat serius, lebih-lebih lagi dilakukan oleh seorang penjawat awam yang memegang jawatan hakim. Ia bukan sahaja merosakkan integriti institusi kehakiman, malah menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap sistem keadilan negara,” kata Mohd Nazlan yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Azmil didakwa menerima rasuah tersebut pada 10 Mei 2018 di sebuah bank di Setia Alam ketika mengendalikan kes enam Orang Kena Tuduh (OKT) di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Beliau menjatuhkan hukuman denda terhadap semua OKT berkenaan.

Mahkamah memerintahkan waran komital dikeluarkan dan Azmil ditahan serta-merta untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan dalam hujahnya menyatakan hukuman asal Mahkamah Tinggi gagal mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tidak memberi kesan pencegahan kepada masyarakat.

Peguam bela Datuk Wira Mohtarudin Baki yang mewakili Azmil secara probono pula berpendapat hukuman penjara menjejaskan kerjaya 17 tahun anak guamnya dan mendakwa tiada tindakan diambil terhadap saksi pendakwaan yang turut terlibat.

Azmil Muntapha didapati bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

BACA JUGA:  Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...