Isnin | 26/10/2026 | 7:26:59 pm
HomeMahkamahKes Bella: Laporan kes Zayn Rayyan dimohon sebagai bukti tambahan

Kes Bella: Laporan kes Zayn Rayyan dimohon sebagai bukti tambahan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa pembelaan kepada Siti Bainun Ahd Razali telah memfailkan notis usul untuk memasukkan laporan polis yang dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, sebagai keterangan tambahan dalam rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun yang dikenakan ke atasnya.

Peguam Haijan Omar, yang mewakili pengasas Rumah Bonda itu, berkata laporan berkenaan dibuat oleh Ismanira Abdul Manaf pada 25 Julai 2024, dalam kes pengabaian anaknya, Zayn Rayyan, dan didakwa berkaitan dengan kes rayuan Siti Bainun.

Ketika prosiding di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Dr. Choo Kah Sing, Haijan memohon agar mahkamah membenarkan laporan polis tersebut dimasukkan sebagai keterangan baharu dalam rayuan utama kelak.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|