Budak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Taman Pinggiran Prima di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh mangsa.

\”Kanak-kanak itu dipercayai berada berhampiran tingkap dan terjatuh selepas berdiri di atas kerusi untuk melihat ke luar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

Mohd. Fairus berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam insiden tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Keterangan daripada pengasuh telah diambil bagi membantu siasatan.

\”Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

BACA JUGA:  Penuntut IPTS didakwa tikam leher bekas kekasih, mengaku tak salah
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...