Harga diesel turun 3 sen di Semenanjung

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak tiga sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh 29 Mei hingga 4 Jun 2025, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Selain itu, harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing dikekalkan pada paras RM3.10 seliter dan RM2.05 seliter.

MOF menjelaskan bahawa penetapan harga mingguan produk petroleum dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), yang mengambil kira pergerakan semasa harga minyak global.

\”Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,\” menurut kenyataan tersebut.

Tambah MOF, kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi perubahan harga bahan api di pasaran antarabangsa.

BACA JUGA:  Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri hingga tengah hari
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...