Enam beranak dijumpai lemas dalam kejadian tragis

ALOR SETAR – Sebuah keluarga enam beranak maut dalam tragedi menyayat hati apabila kereta yang mereka naiki dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam Sungai Korok, di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan perlanggaran di lokasi kejadian, namun terdapat kesan brek tidak jauh dari tempat kereta itu ditemukan.

“Kami tidak menolak kemungkinan pemandu berada dalam keadaan mengantuk ketika kejadian. Kereta dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia akibat lemas setelah dipercayai terperangkap dalam kenderaan jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam di dasar sungai.

“Mereka ditemukan di tempat duduk belakang dalam keadaan saling berpelukan, menunjukkan mereka terperangkap dan tidak sempat menyelamatkan diri,” jelasnya.

Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.

Mangsa dikenalpasti sebagai Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, serta bayi lelaki mereka Tuah Haydar berusia enam bulan.

Tragedi ini menggemparkan penduduk setempat dan menimbulkan kesedihan dalam kalangan rakyat Malaysia yang turut bersimpati atas kehilangan satu keluarga dalam insiden menyayat hati ini.

BACA JUGA:  Baru bebas lepas ikat jamin, pemandu lori batu ditahan semula kes curi lembu
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...