Isnin | 26/10/2026 | 10:36:35 pm
HomeSemasa“Itu kali terakhir saya kejutkan dia solat”, ibu pelajar UnIPSAS reda pemergian...

“Itu kali terakhir saya kejutkan dia solat”, ibu pelajar UnIPSAS reda pemergian anak

KUANTAN – “Subuh tadi, saya kejutkan dia macam selalu, tetapi rupanya itu kali terakhir saya kejutkan dia solat,” kata Norizan Mat, 48, ibu kepada Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22, yang terlibat dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat berhampiran Masjid Hidayah, Paya Besar di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, Muhammad Firdaus dan rakannya, Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21, disahkan meninggal dunia selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam nahas.

Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan hafiz al-Quran. Muhammad Firdaus menuntut dalam jurusan Syariah, manakala Muhammad Zuhair Rifqi dalam jurusan Diploma Pengajian Quran dan Sunnah.

Danial Firdaus
Danial Firdaus
Penulis berita digital yang memberi tumpuan kepada laporan ringkas, jelas dan relevan dengan perkembangan semasa.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|