Ahad | 21 Disember 2025

Juara MMA Timur Khizriev cedera ditembak lima kali lelaki bertopeng

RUSIA – Juara Kejohanan Petarung Profesional (PFL), Timur Khizriev dilaporkan cedera selepas ditembak sebanyak lima kali oleh dua lelaki bertopeng dalam satu kejadian mengejutkan di Dagestan, Rusia pada petang Selasa.

Kejadian tersebut dirakam oleh kamera dan menjadi tular di media sosial, memperlihatkan detik cemas apabila Khizriev diserang sejurus keluar dari kenderaannya.

Dalam rakaman berkenaan, dua individu bertopeng dilihat berlari ke arahnya sebelum melepaskan tembakan.

Meskipun terkena lima das tembakan, Khizriev, 29, sempat bergelut dan menangkap salah seorang penyerang sebelum melarikan diri dari lokasi bagi menyelamatkan diri.

Pengurus Khizriev mengesahkan bahawa atlet seni bela diri campuran (MMA) itu kini berada di hospital dan dalam keadaan stabil. Nyawanya dilaporkan tidak berada dalam keadaan bahaya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan motif serangan, sama ada berkaitan kerjaya profesionalnya atau faktor peribadi.

Khizriev, yang belum pernah tewas dalam sebarang perlawanan MMA, mencipta nama tahun lalu apabila memenangi empat pertarungan berturut-turut dan menjuarai kategori featherweight dalam PFL.

BACA JUGA:  Enam das tembakan dilepaskan pada kenderaan pacuan empat roda
spot_img

TRENDING

Sukan SEA 2025: Skuad skuasy negara sapu bersih pingat emas

BANGKOK - Skuad skuasy negara menutup tirai saingan Sukan...

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50...

Sukan SEA 2025: Skuad kejar-mengejar lelaki hadiahkan pingat keramat ke-200 buat Malaysia

BANGKOK - Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan...

USM eratkan sinergi media, perkukuh jambatan ilmu kepada masyarakat

GEORGE TOWN – Dalam landskap maklumat yang semakin pantas...

Sukan SEA 2025: Miki raih emas lepas berjaya ‘tumbangkan’ Thailand

BANGKOK - Biarpun baru berusia 16 tahun, Muhammad Mikail...