Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025, sempena sambutan Hari Krismas yang akan diraikan Khamis hadapan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian diskaun tersebut selaras dengan semangat perpaduan Malaysia Madani selain bertujuan meringankan beban kos perjalanan rakyat, khususnya pengguna kenderaan persendirian yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga.

Menurut beliau, diskaun tol itu akan diberikan kepada kenderaan kelas 1, termasuk kenderaan kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, di semua plaza tol di seluruh negara kecuali plaza tol pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Antara yang dikecualikan ialah Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya bertol yang terlibat susulan pelaksanaan diskaun tol berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pemilihan tarikh 23 dan 24 Disember adalah sebahagian daripada inisiatif penyuraian trafik sempena musim perayaan dan cuti sekolah, khususnya bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan balik ke kampung dan kembali ke bandar.

“Langkah ini juga bertujuan mengoptimumkan pengoperasian kawasan hentian sebelah serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan kemudahan tersebut dengan merancang perjalanan lebih awal menggunakan aplikasi TuTu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA.

Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan supaya mematuhi jadual perjalanan yang disyorkan serta sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan lalu lintas sepanjang perjalanan.

BACA JUGA:  Tak sempat balik rumah, abang maut, adik parah rempuh pokok tumbang
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...