Khamis | 15/10/2026 | 10:42:19 pm
HomeJenayahBekas Naib Canselor USM disamun lepas solat Subuh, terima 15 jahitan di...

Bekas Naib Canselor USM disamun lepas solat Subuh, terima 15 jahitan di kepala

GEORGE TOWN – Tokoh pendidikan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilaporkan cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran rumah beliau di Taman Pekaka, Sungai Dua, di sini.

Difahamkan, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima 15 jahitan selepas dihentak dengan pistol oleh suspek.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|