5 maut, ratusan diselamatkan feri terbakar di perairan Sulawesi

SULAWESI, INDONESIA – Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lebih 200 penumpang lain berjaya diselamatkan selepas sebuah feri penumpang, Kapal Motor (KM) Gregorius Barcelona V, terbakar di perairan berhampiran Pulau Sulawesi pada Ahad.

Agensi Keselamatan Maritim Indonesia (Bakamla) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang kapal, yang ketika itu dalam pelayaran menuju ke Manado, ibu negeri wilayah Sulawesi Utara.

“Lima mangsa dilaporkan maut, dua daripadanya masih belum dikenal pasti. Sementara itu, seramai 284 penumpang telah berjaya diselamatkan,” jelas kenyataan itu.

Insiden mencemaskan itu turut memaksa beberapa penumpang terjun ke laut dengan memakai jaket keselamatan demi menyelamatkan diri, sementara bantuan pantas daripada nelayan tempatan berjaya membawa mangsa ke pulau berdekatan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Manado, George Leo Mercy Randang, berkata kejadian berlaku kira-kira sejam dari bandar peranginan Likupang yang terletak di hujung utara pulau berkenaan.

“Keutamaan kami adalah menyelamatkan mangsa sebelum malam,” katanya kepada agensi berita AFP, namun beliau tidak mengesahkan jumlah sebenar penumpang yang berada di atas kapal ketika insiden berlaku.

Rakaman video yang dikongsikan agensi penyelamat memaparkan kapal milik Bakamla menyembur air ke arah feri yang masih mengeluarkan asap tebal berwarna hitam.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Insiden tersebut menambah kepada siri tragedi laut yang melanda Indonesia kebelakangan ini. Awal bulan ini, sebuah feri dalam perjalanan ke Bali karam akibat cuaca buruk, manakala pada Mac lalu, sebuah bot yang membawa 16 penumpang terbalik di perairan Bali, menyebabkan seorang pelancong wanita dari Australia maut dan sekurang-kurangnya seorang lagi cedera.

BACA JUGA:  Lelaki bercium, berpelukan disebat 80 kali di khalayak ramai
Anwar Azhari
Anwar Azhari
anwar@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...