Dua pekerja swasta maut digilis lori

KUALA LANGAT – Dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an maut selepas motosikal yang dinaiki mereka digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 48 Jalan Klang–Banting–Port Dickson, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.20 malam ketika kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja swasta sedang dalam perjalanan dari arah Tanjung Sepat menuju ke Morib menaiki motosikal jenis Yamaha LC135.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Akibat rempuhan tersebut, kedua-dua mangsa terperosok ke bawah lori dan digilis tayar hadapan kenderaan terbabit. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu dan membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mazrol Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  Zaki Yamani cari identiti sendiri, enggan terus dibayangi nama Jamal Abdillah
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...