DBKL pantau keselamatan insiden tali layang-layang bahayakan pengguna jalan raya

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempergiatkan pemantauan keselamatan di sekitar Taman Metropolitan Kepong susulan insiden tali layang-layang yang menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, DBKL memaklumkan tindakan itu diambil sebagai langkah proaktif untuk memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara, khususnya di kawasan rekreasi yang terletak berhampiran dengan laluan trafik.

“DBKL juga telah meletakkan papan tanda amaran keselamatan di sekitar kawasan taman bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut diseru supaya sentiasa mematuhi garis panduan keselamatan semasa menjalankan aktiviti riadah, termasuk aktiviti bermain layang-layang, terutamanya di kawasan berhampiran jalan raya atau laluan trafik yang sibuk.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan seorang penunggang motosikal lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan selepas terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan ketika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan pada kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Batu Caves menuju ke Sri Damansara.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut, sementara DBKL menegaskan komitmennya untuk terus memantau dan memastikan kawasan rekreasi kekal selamat untuk semua pengunjung.

BACA JUGA:  Kiko hanya diam menunggu esok, namun matanya bercerita tentang pengorbanan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...