Isnin | 12/10/2026 | 11:20:20 am
HomeEkonomiBelanjawan 2027Hospital MARA pertama dan jurang kesihatan tumpuan Dewan Rakyat

Hospital MARA pertama dan jurang kesihatan tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Cadangan penubuhan hospital MARA pertama, ketidakseimbangan akses kesihatan antara bandar dengan luar bandar serta risiko kebergantungan eksport kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E) antara isu utama yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) akan meminta Menteri Kesihatan menjelaskan langkah kerajaan menangani jurang akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan hospital serta klinik kesihatan di luar bandar.

Sementara itu, Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberikan penjelasan mengenai perancangan hospital MARA pertama, termasuk justifikasi penubuhan, status kajian, lokasi, kapasiti katil, bidang kepakaran, kos pembangunan, sumber pembiayaan dan jangkaan tarikh operasi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|