Rabu | 14/10/2026 | 12:22:30 am
HomeSemasaMotosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan, netizen terkejut

Motosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan, netizen terkejut

PETALING JAYA – Sebuah motosikal yang bergerak tanpa penunggang sebelum merempuh kereta dalam kesesakan lalu lintas mencuri perhatian pengguna media sosial selepas satu rakaman kamera papan pemuka tular di Threads.

Rakaman yang dikongsikan pengguna Threads, @agentren.gg, hari ini memaparkan dua kejadian melibatkan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan pada 6 Oktober lalu, kira-kira pukul 7.09 pagi.

Kejadian bermula apabila sebuah motosikal merempuh bahagian belakang kereta yang melalui lebuh raya berkenaan.Namun, perhatian kemudian beralih kepada sebuah lagi motosikal yang muncul dari sebelah kiri kereta sebelum bergerak tanpa kelihatan penunggangnya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 14 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|