Selasa | 13/10/2026 | 3:03:17 pm
HomeGaya HidupKesihatanKes denggi di Terengganu melonjak 231 peratus, catat 318 kes

Kes denggi di Terengganu melonjak 231 peratus, catat 318 kes

KUALA TERENGGANU – Kes denggi di Terengganu meningkat lebih tiga kali ganda kepada 460 kes setakat 3 Oktober lalu, berbanding 139 kes dalam tempoh sama tahun lalu, dengan Kuala Terengganu merekodkan jumlah tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kuala Terengganu mencatatkan 318 kes berbanding 76 kes pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 318.4 peratus.

Beliau berkata, Hulu Terengganu pula merekodkan peningkatan tertinggi dari segi peratusan apabila kes meningkat kepada 41 berbanding hanya enam kes dalam tempoh sama tahun lalu, bersamaan kenaikan 583.3 peratus.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|