Selasa | 13/10/2026 | 2:37:29 pm
HomeHiburanIdan Aedan ambil tindakan, lantik peguam isu ugutan bunuh

Idan Aedan ambil tindakan, lantik peguam isu ugutan bunuh

KUALA LUMPUR – Pelakon Idan Aedan mengambil langkah undang-undang selepas menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali di media sosial ketika kontroversi dakwaan mengganggu tunang orang menjadi perhatian ramai.

Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 23, berkata, dia turut membuat laporan polis selain melantik peguam bagi menangani perkara itu.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana ugutan berkenaan melangkaui batas kritikan yang diterimanya di media sosial.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|