Ahad | 11/10/2026 | 7:23:49 pm
HomeNasionalJerebuIPU bawah 100, sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa esok

IPU bawah 100, sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa esok

GEORGE TOWN – Semua institusi pendidikan di Pulau Pinang akan meneruskan operasi seperti biasa esok, Isnin, susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh kawasan pemantauan negeri itu kekal di bawah paras 100 setakat tengah hari tadi.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan kualiti udara semasa masih terkawal, sekali gus membolehkan sesi persekolahan diteruskan seperti biasa, tertakluk kepada sebarang arahan baharu pihak berkuasa.

Menurut JPNPP, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah bagi memastikan sebarang perubahan kualiti udara dapat dikenal pasti dengan segera.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|