Ahad | 11/10/2026 | 7:19:10 pm
HomeSemasa'Geng Muslim' gotong-royong bersihkan kuil Hindu, netizen bangkit soal hukum

‘Geng Muslim’ gotong-royong bersihkan kuil Hindu, netizen bangkit soal hukum

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu termasuk wanita bertudung yang menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan sebuah kuil Hindu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai batas toleransi beragama dan hukum Islam.

Menurut sumber yang dikongsikan, gambar berkenaan dipercayai memaparkan sekumpulan pekerja sebuah syarikat yang menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan sebuah kuil di Pulau Pinang. Bagaimanapun, dakwaan bahawa mereka diarahkan oleh pihak syarikat untuk melaksanakan tugasan berkenaan, termasuk mencuci berhala, masih memerlukan pengesahan lanjut daripada pihak syarikat atau penganjur program.

Perkongsian di Threads itu mengundang pelbagai pandangan, khususnya mengenai perbezaan antara membantu masyarakat berlainan agama atas dasar kemanusiaan dengan penglibatan secara langsung dalam kerja pembersihan rumah ibadat agama lain.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|