Ahad | 11/10/2026 | 7:31:19 pm
HomeNasionalJerebuJerebu: sekolah Bangsar, Pudu masih tutup, kawasan lain dibuka semula

Jerebu: sekolah Bangsar, Pudu masih tutup, kawasan lain dibuka semula

PETALING JAYA – Murid di Bangsar dan Pudu masih perlu mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan kualiti udara yang belum pulih, sedangkan sekolah di beberapa kawasan lain termasuk Putrajaya, Perak dan Melaka kembali beroperasi seperti biasa mulai esok.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan, keputusan meneruskan penutupan sekolah di Bangsar dan Pudu dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Cheras masih berada pada tahap tidak sihat, iaitu 152 setakat pukul 2 petang semalam.

Sehubungan itu, pelaksanaan PdPR serta arahan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di kawasan berkenaan turut diteruskan sehingga tarikh baharu dimaklumkan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|