KPM laksana PdPR jika bacaan IPU melebihi 200

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa terpelihara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah diselaraskan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan garis panduan, jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar tidak dibenarkan. Jika bacaan melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan dengan segera dan pelajar akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan 2024, di sini hari ini.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa semua pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah diberi penerangan jelas dan diarahkan untuk membuat keputusan segera berdasarkan bacaan semasa IPU di kawasan masing-masing.

Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan direkodkan mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat pukul 4 petang tadi, iaitu Johan Setia, Selangor (154) dan Nilai, Negeri Sembilan (116).

JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, yang boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit pernafasan.

Orang ramai disaran menyemak bacaan IPU secara berkala melalui portal https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS yang tersedia di Google Play dan App Store.

BACA JUGA:  Tular murid dimarahi guru di khalayak, Fadhlina beri reaksi tegas
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...