Laporan polis baharu dari ibu Zara Qairina, dedah terdapat kesan lebam

KOTA KINABALU – Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir membuat satu lagi laporan polis selepas mendakwa melihat kesan lebam pada belakang badan anaknya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I, sehari selepas kejadian tragik menimpa remaja itu.

Laporan terbaharu itu dibuat di Balai Polis Sipitang, Sabah Ahad lalu, berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah pada 16 Julai lalu.

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Pendedahan ibu mangsa mengenai kesan lebam menimbulkan persoalan baharu dalam siasatan dan menambah tekanan terhadap pihak berkuasa untuk menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah atau perlakuan buli di sebalik insiden menyayat hati itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini mengesahkan bahawa kertas siasatan lengkap mengenai kes berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Sudah diserahkan tadi,” katanya secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sebelum ini tidak menolak kemungkinan unsur buli terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk dakwaan-dakwaan yang timbul daripada pihak keluarga.

Orang awam serta pelbagai pihak terus menuntut agar siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada Allahyarham Zara Qairina dan keluarganya.

BACA JUGA:  Kes buli pelajar asrama, enam pelajar sekolah agama ditahan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...