Isnin | 26/10/2026 | 11:31:06 pm
HomeNasionalLima pelajar PSAS terperangkap kepala air, berjaya diselamat

Lima pelajar PSAS terperangkap kepala air, berjaya diselamat

TANJUNG MALIM – Detik cemas menimpa lima pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang apabila mereka terperangkap kira-kira sejam di tengah sungai selepas dihanyutkan kepala air di Kampung Sungai Dara, di sini pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.54 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan bantuan BBP Slim River bergegas ke lokasi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kelima-lima lelaki berusia 21 tahun itu sedang bermandi-manda sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|