Budak enam tahun cedera parah digigit anjing liar

HULU LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital selepas diserang seekor anjing ketika bermain di kawasan perumahan di Batu 9, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada abang mangsa berusia 20 tahun pada pukul 11.41 malam.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa sedang menunggang basikal berhampiran rumah sebelum tiba-tiba diserang seekor anjing.

“Tindakan pantas jiran berjaya menghalau haiwan tersebut. Mangsa mengalami kecederaan di kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.

“Setakat ini, mangsa masih dirawat di wad kanak-kanak dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, pasukan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ke lokasi untuk menangkap anjing berkenaan.

“Status haiwan itu masih dalam siasatan sama ada ia merupakan haiwan peliharaan berdaftar atau sebaliknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan serta Seksyen 41(1) Akta Binatang 1953,” jelas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222, mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di 017-6919817.

Naazron turut mengingatkan orang awam agar mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan sebelum memelihara anjing serta memastikan haiwan peliharaan dikawal rapi bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.

Terdahulu, tular di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki digigit anjing sebelum berjaya diselamatkan penduduk setempat. Gambar mangsa berlumuran darah itu mencetuskan kebimbangan dan kemarahan netizen.

BACA JUGA:  Pemilihan barisan kepimpinan baharu PKR mula pagi ini
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...