Zii Jia tersingkir, gagal tamatkan badi pusingan pertama di Masters China

KUALA LUMPUR – Cabaran perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, sekali lagi terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Taiwan, Lin Chun Yi pada Kejohanan Badminton Masters China 2025 di Shenzhen, sebentar tadi.

Zii Jia bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 21-17 selepas perlawanan sengit berbalas mata dengan Chun Yi yang kini berada di ranking ke-15 dunia.

Namun, kebangkitan Chun Yi di set kedua menyaksikan permainan lebih kemas daripadanya sebelum menamatkan set tersebut 23-21, sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.

Di set ketiga, Zii Jia dilihat bergelut dengan kecederaan meskipun cuba meneruskan permainan.

Chun Yi pantas mendahului 14-6 sebelum pemain negara itu mendapatkan rawatan dan akhirnya membuat keputusan menarik diri.

Kekalahan tersebut menyaksikan Zii Jia terus gagal menamatkan badi pusingan pertama sejak kembali daripada kecederaan buku lali selepas Olimpik Paris 2024, termasuk tersingkir awal di Kejohanan Dunia dan Terbuka Hong Kong minggu lalu.

Sementara itu, Chun Yi mara ke pusingan kedua dan bakal berdepan pemenang antara pemain Jepun, Kenta Nishimoto, atau pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie.

Bagi Zii Jia, penantian untuk meraih kemenangan pertama di Jelajah Dunia BWF sejak suku akhir Orleans Masters Mac lalu masih berpanjangan, sekali gus menambah tekanan dalam usahanya mencari semula rentak terbaik.

BACA JUGA:  Patung jadi bukti visual kecederaan Zara Qairina di Mahkamah Koroner
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...