“Negara perlukan kepimpinan bertindak, bukan berjanji” – Maimunah

KONGSI

GEORGE TOWN – Penasihat Hartanah bagi Petronas, Datuk Seri Maimunah Mohd. Sharif, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perancangan Bandar dan Wilayah pada Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Penganugerahan tertinggi itu disempurnakan oleh Canselor USM, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Maimunah, yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur dan tokoh perancangan bandar berpengalaman lebih 40 tahun, berkata pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada perjuangan dan sumbangannya dalam bidang pembangunan bandar di peringkat domestik serta global.

ARTIKEL BERKAITAN