USIM raikan 3,631 graduan, dua tokoh negara terima Ijazah Kehormat Konvokesyen ke-23

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini membuka tirai Majlis Konvokesyen ke-23 yang berlangsung selama empat hari sehingga 28 November ini, dengan meraikan seramai 3,631 graduan dalam istiadat penuh tradisi di Dewan Tuanku Canselor.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, yang berkenan mengisytiharkan pembukaan konvokesyen serta menyampaikan anugerah kecemerlangan dan penganugerahan ijazah kepada graduan pada sidang pertama.

Menurut kenyataan USIM, daripada jumlah keseluruhan graduan, seramai 103 terdiri daripada graduan Doktor Falsafah, diikuti 101 graduan sarjana, 2,923 graduan sarjana muda, manakala 212 graduan diploma lanjutan dan 292 graduan diploma pascasiswazah turut menerima pengiktirafan masing-masing.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pada majlis berkenaan, Tuanku Canselor berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat serta gelaran Profesor Emerita kepada tokoh akademik yang telah memberi sumbangan besar kepada universiti dan negara.

Penerima Anugerah Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) terdiri daripada dua tokoh iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Pengerusi UCSI Healthcare Group yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Perubatan, dan Datuk Abdul Latiff S. Mirasa, Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, Profesor Dr. Fauzias Mat Nor dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat turut dikurniakan gelaran Profesor Emerita sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi serta sumbangan beliau dalam bidang akademik. Konvokesyen yang melibatkan tujuh sidang itu juga meraikan tujuh graduan cemerlang universiti.

Majlis kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 131 graduan sulung daripada tujuh program baharu menerima ijazah masing-masing. Program berkenaan meliputi Doktor Falsafah Alam Bina, Sarjana Sains Alam Bina, Sarjana Sains Pergigian Gunaan, Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) dan Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) (Mod 3U1I).

BACA JUGA:  Daiyan Trisha paling terhangat, borong dua trofi AMT 2025

Mengangkat tema “25 Tahun USIM: Melakar Kejayaan, Mencipta Perubahan,” penganjuran konvokesyen kali ini bertepatan dengan sambutan Jubli Perak USIM yang menggambarkan perjalanan universiti itu sepanjang 25 tahun, daripada sebuah institusi baharu kepada universiti mapan yang konsisten memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan insan.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...