Pelakon veteran Dharma Harun meninggal dunia pada usia 68 tahun

KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air hari ini kehilangan seorang lagi figura berbakat apabila pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid, dilaporkan meninggal dunia sendirian di kediamannya sekitar 9.10 malam.

Berita duka itu disahkan anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu muat naik di Instagram.

“Ayah saya meninggal (dunia) waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” tulisnya ringkas.

Menurut laporan sebuah portal, Syafiq baru tiba di rumah selepas pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebelum mendapati bapanya tidak lagi bernafas.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya dipetik sebagai berkata.

Media sebelum ini melaporkan bahawa keadaan kesihatan Dharma merosot apabila berat badannya susut mendadak sehingga 45 kilogram.

Allahyarham, yang berusia 68 tahun, diketahui menghidap pelbagai penyakit termasuk asma, bengkak jantung dan paru-paru, gastrik serta masalah tiroid. Beliau juga pernah mengalami serangan angin ahmar pada tahun 2019 yang menjejaskan pertuturan dan daya ingatannya, sekali gus menyukarkannya untuk kembali bekerja dalam industri.

Selain Syafiq, Dharma turut dijaga anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang juga merupakan pelajar Aswara.

Pemergian Dharma Harun Al Rashid meninggalkan kesan mendalam kepada industri seni negara, khususnya peminat karya-karya beliau yang pernah mewarnai layar perak dan kaca televisyen sejak puluhan tahun lalu.

BACA JUGA:  Penghidap barah darah, Khamil Bashah meninggal dunia
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...