Sabtu | 20 Disember 2025

Program komunikasi berkualiti MYBERITA hidupkan minat wartawan cilik SK Panchor

SEREMBAN – Seramai 30 murid Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, Seremban berpeluang merasai pengalaman bertemu dan berinteraksi dengan barisan wartawan apabila mereka menyertai program komunikasi berkualiti anjuran MYBERITA, hari ini.

Program yang berlangsung hampir dua jam itu menampilkan wartawan kanan MYBERITA, Adam Hafiz Ahmad, sebagai penceramah jemputan bagi memberikan pendedahan awal kepada murid tentang dunia kewartawanan dan kemahiran komunikasi berkesan.

Dalam sesi perkongsian tersebut, Adam menekankan kepentingan komunikasi jelas, etika ketika berinteraksi, serta asas-asas pembinaan berita yang mudah difahami. Murid turut diberi peluang melakukan latihan suara, pengucapan ringkas serta mencuba tugasan ‘wartawan cilik’ dengan menemu bual rakan-rakan mereka.

“Komunikasi yang berkualiti bukan sekadar pandai bercakap, tetapi bagaimana kita menyampaikan maklumat dengan tepat dan beradab. Murid yang mula berlatih dari kecil akan lebih berkeyakinan apabila dewasa nanti,” jelas Adam dalam sesi tersebut.

Program itu turut diserikan dengan sesi demonstrasi latihan suara seperti humming, bubbling dan latihan artikulasi huruf yang menguji kepetahan murid. Gelak tawa dan sorakan kecil memenuhi studio tv pss sekolah berkenaan apabila murid mencuba tongue twister yang mencabar yang turut menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria dan interaktif.

Guru Besar SK Panchor, Tuan Haji Yusri Haji Mohd Akhir berkata, penganjuran program seperti ini amat membantu membina keyakinan diri murid, terutama mereka yang berminat dalam bidang penyiaran, pengucapan awam dan pengacaraan.

“Kami mahu murid kami berani, petah dan mampu menyampaikan idea dengan baik. Program MYBERITA hari ini membuka mata mereka bahawa komunikasi yang baik ialah kemahiran masa depan,” katanya.

MYBERITA menyatakan komitmen untuk terus menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekolah-sekolah seluruh negara bagi melahirkan generasi muda yang lebih berani, kritis dan celik media.

BACA JUGA:  Malaysia-Turkiye kukuhkan hubungan, fokus pelaburan strategik dan pertahanan

Program berakhir dengan sesi fotografi dan penyampaian penghargaan kepada penceramah. Murid-murid dilihat teruja membawa pulang pengalaman baharu yang memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berkomunikasi dengan lebih yakin.

spot_img

TRENDING

Sukan SEA 2025: Skuad skuasy negara sapu bersih pingat emas

BANGKOK - Skuad skuasy negara menutup tirai saingan Sukan...

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50...

Sukan SEA 2025: Skuad kejar-mengejar lelaki hadiahkan pingat keramat ke-200 buat Malaysia

BANGKOK - Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan...

USM eratkan sinergi media, perkukuh jambatan ilmu kepada masyarakat

GEORGE TOWN – Dalam landskap maklumat yang semakin pantas...

Sukan SEA 2025: Miki raih emas lepas berjaya ‘tumbangkan’ Thailand

BANGKOK - Biarpun baru berusia 16 tahun, Muhammad Mikail...