Jumaat • 9 Januari 2026

Anwar ke Turkiye esok, perkukuh hubungan dua hala

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye dari 6 hingga 8 Januari ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye yang telah lama terjalin.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, sepanjang lawatan tersebut, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (High-Level Strategic Council) antara kedua-dua negara.

Menurutnya, penubuhan mekanisme itu mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Turkiye dalam mempertingkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh.

“Lawatan ini turut merangkumi perbincangan mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan antara rakyat,” katanya pada taklimat Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan syarahan umum selain mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan Turkiye dan diaspora Malaysia.

“Selain program rasmi di Ankara, lawatan ke Istanbul akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi menerusi sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat Turkiye, di samping berinteraksi dengan media bagi menjelaskan hala tuju hubungan Malaysia–Turkiye,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, lawatan rasmi itu mencerminkan keazaman Kerajaan Madani untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa yang strategik, pragmatik dan berorientasikan hasil, berteraskan prinsip Malaysia Madani demi manfaat jangka panjang rakyat dan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Nashrul berkata kerajaan komited untuk memperkukuh komunikasi strategik sebagai jambatan utama antara dasar dan rakyat bagi memastikan setiap maklumat disampaikan secara jelas, konsisten dan berfakta.

Katanya, usaha itu turut bertujuan memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan serta peluang yang disediakan kerajaan tanpa sebarang kekeliruan.

BACA JUGA:  UMNO disaran bawa isu pengampunan \'Bos Ku\' ke pengetahuan Agong

“Tahun ini juga membawa tumpuan baharu menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan merancakkan sektor pelancongan, malah menggerakkan ekonomi tempatan, memperkukuh ekosistem komuniti rakyat serta mempamerkan hospitaliti Malaysia sebagai destinasi unggul di rantau ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus melangkah ke hadapan pada tahun ini dengan memberi hasil yang bermakna kepada rakyat berlandaskan reformasi berterusan serta kestabilan pentadbiran negara.

spot_img

TRENDING

Amir Daniel harap MSN perkasa sokongan menyeluruh ‘sukan kecil’ Olimpik

GEORGE TOWN – Kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel, meraih pingat...

[VIDEO] Pelajar UniSZA maut dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin...

Dua pelajar UiTM Rembau maut, motosikal terbabas langgar penghadang jalan

REMBAU - Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus...

Akui kesalahan dan mohon maaf, ini tiga cara pujuk wanita berkesan lelaki perlu tahu

KUALA LUMPUR - Dalam sesebuah hubungan, salah faham dan...

Lelaki ditahan susulan bergaduh di Tol Sungai Long

KAJANG - Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan...