UMNO disaran bawa isu pengampunan \’Bos Ku\’ ke pengetahuan Agong

GEORGE TOWN – UMNO digesa untuk membawa isu berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak ke perhatian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pelaksanaan Titah Addendum.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, ia bukan sahaja mencabuli prinsip keadilan terhadap rakyat dan seorang bekas pemimpin negara, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk pelanggaran terhadap Perlembagaan.

“Kita melihat dalam kes addendum ini, kalau benar ada titah Tuanku yang tidak dilaksanakan, maka itu merupakan satu kesalahan besar. Bos ku (Datuk Seri Najib) telah dikurung selama sembilan bulan tanpa titah itu dilaksanakan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, di sini hari ini.

“Keadilan dan penghormatan kepada seorang bekas Perdana Menteri tidak seharusnya dinafikan, lebih-lebih lagi jika titah Tuanku telah pun ada. Maka pelaksanaan titah itu perlu dijadikan keutamaan,” jelasnya.

Nazifuddin turut memaklumkan bahawa beberapa bahagian UMNO telah pun menyuarakan usul untuk membawa isu pengampunan itu ke peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya banyak usul daripada bahagian telah disuarakan, dan pelaksanaannya kita serahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan cara terbaik membawanya ke perhatian Tuanku,” katanya.

Tambah beliau lagi, keputusan akhir tetap terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong dan kepimpinan parti bagi menentukan jalan yang paling wajar dan berhemah dalam menangani isu tersebut.

Kenyataan itu hadir di tengah-tengah perbincangan berterusan mengenai hak dan keadilan untuk bekas Perdana Menteri yang kini menjalani hukuman penjara, serta desakan daripada segelintir pihak dalam UMNO agar parti memperjuangkan pengampunan diraja bagi beliau.

BACA JUGA:  Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...