Rabu | 14/10/2026 | 10:29:48 pm
HomePendidikanJelajah Jom Masuk U 2025 selesai, bantu pelajar pilih laluan akademik tepat

Jelajah Jom Masuk U 2025 selesai, bantu pelajar pilih laluan akademik tepat

MANJUNG – Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) berjaya menamatkan siri jelajahnya dengan penganjuran terakhir di Manjung, Perak, hari ini sekaligus selesainya lawatan ke sepuluh zon yang bermula sejak Februari lalu.

JMU 2025 merupakan platform utama dalam memperluaskan akses dan memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf tentang peluang pendidikan tinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Karnival ini menyediakan peluang kepada bakal mahasiswa untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai proses permohonan UPUOnline, pilihan program pengajian berdasarkan minat dan kelayakan, serta maklumat berkaitan pinjaman pendidikan, tajaan dan bantuan kewangan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 14 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|