Khamis | 15/10/2026 | 9:01:15 pm
HomeASEANKebakaran hutan belum reda, Malaysia dan Indonesia cari penyelesaian

Kebakaran hutan belum reda, Malaysia dan Indonesia cari penyelesaian

PUTRAJAYA – Krisis jerebu yang berlarutan hampir dua bulan akibat kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera mendorong Malaysia dan Indonesia mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian bersama terhadap pencemaran udara rentas sempadan itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan jerebu kali ini disifatkan luar biasa berbanding tahun sebelumnya apabila pencemaran udara yang lazimnya berlaku sekitar seminggu kini berpanjangan sehingga menjejaskan beberapa negara di rantau ini.

Menurutnya, perbincangan antara kedua-dua negara sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti kaedah kerjasama paling berkesan untuk menangani kebakaran hutan yang menjadi antara punca utama masalah berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|