Isnin | 19/10/2026 | 2:18:26 pm
HomeNasionalJerebuJerebu: Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok

Jerebu: Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok

SHAH ALAM – Ibu bapa di Selangor yang bimbang akan kesihatan anak susulan keadaan jerebu diberi pilihan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah pada Khamis, meskipun semua sekolah di negeri itu beroperasi seperti biasa.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memaklumkan, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan keadaan jerebu semasa.

Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah perlu memaklumkan ketidakhadiran itu kepada pihak sekolah.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 19 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|