Khamis • 5 Februari 2026

Kemalangan maut, trafik sesak lebih dua kilometer

RAWANG – Aliran trafik sesak melebihi dua kilometer (km) dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Rawang (selatan) ke Rawang susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 443.7, awal pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kemalangan tersebut menyebabkan lorong satu, lorong dua serta lorong kecemasan terhalang, sekali gus mengakibatkan pergerakan trafik perlahan sejauh kira-kira satu kilometer di lokasi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, kemalangan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya di KM 433.0. Insiden itu menyebabkan lorong kanan bagi kedua-dua arah masih terhalang setakat ini.

Sementara itu, media pagi tadi melaporkan seorang pemandu lori disahkan maut manakala 30 individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua buah lori di KM 433 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.12 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa serta BBP Rawang digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah bas ekspres jenis Scania, sebuah lori 10 tan dan sebuah treler.

Dalam masa sama, LLM turut memaklumkan kerja penyelenggaraan turapan jalan sedang dijalankan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Terowong Menora ke Sungai Perak.

Kerja-kerja turapan itu melibatkan laluan dari KM 259.0 hingga KM 257.1 dan menyebabkan lorong kanan ditutup sementara sehingga pukul 10 pagi ini.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan pihak berkuasa serta berhati-hati ketika melalui kawasan terlibat.

BACA JUGA:  Fattah Amin, Amira Othman nikah 14 September ini
spot_img

TRENDING

Buat duit senyap-senyap di KLCC, 14 jurugambar haram kantoi kena kompaun DBKL

KUALA LUMPUR - Jurugambar yang menjalankan aktiviti mengambil upah...

Pemain industri ‘pergi berubat’ demi jaga imej filem Malaysia, elak terjebak dadah – Yusof Haslam

KUALA LUMPUR - Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mengakui...

Tahniah Sherry, Nazim Othman

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal Sherry Alhadad,...

Amira Othman mohon privasi, enggan ulas dakwaan berbadan dua

KUALA LUMPUR - Bertubi-tubi berdepan dakwaan berbadan dua, penyanyi...

Restoran ‘recycle’ sisa makanan diarah tutup 14 hari

SEREMBAN - Sebuah restoran di negeri ini diarahkan tutup...