Fattah Amin, Amira Othman nikah 14 September ini

KUALA LUMPUR – Jika kebiasaannya ulang tahun kelahiran diraikan dengan majlis penuh sederhana bersama keluarga, namun buat pelakon popular, Fattah Amin, sambutannya tahun ini bakal mencatat sejarah baharu.

Ini kerana pada 14 September depan, aktor berusia 35 tahun itu bakal diijabkabulkan dengan penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 32, di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Menurut sumber terdekat, tarikh berkenaan dipilih bukan sahaja bertepatan dengan hari lahir Fattah, malah sebagai simbol permulaan hidup baharu bersama pasangan yang kini sah bergelar tunangnya.

Majlis itu juga dijangka berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan terdekat.

Sebelum ini, gosip mengenai hubungan rapat mereka sering menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Spekulasi semakin hangat apabila tersebar rakaman video Amira mengenakan busana pengantin serta kad misteri bertulis “A & F” yang mencetuskan pelbagai teka-teki.

Namun segala persoalan akhirnya terjawab selepas Fattah membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan itu pada majlis pelancaran single terbaharu Amira dan adiknya, Irfan Haris baru-baru ini.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, sebelum berpisah tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Dengan pengumuman ini, peminat kini menantikan detik bersejarah pasangan tersebut yang pastinya bakal menjadi antara perkahwinan selebriti paling dinanti tahun ini.

BACA JUGA:  Hafiz Suip sah ada batu karang dalam buah pinggang
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...