KUALA LUMPUR – Gelagat seorang pemandu bas yang memberi duit raya kepada penumpang dalam sebuah bas mencuri perhatian ramai selepas videonya tular di media sosial.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, pemandu bas yang dikenali sebagai Hafiz dilihat menghulurkan duit raya kepada penumpang ketika menaiki bas.
Aksi tersebut bukan sahaja mengundang reaksi terkejut dalam kalangan penerima, malah turut mencetuskan suasana ceria dan menghiburkan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap pemurahnya yang sanggup berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
Selain itu, pengguna juga mendoakan agar pemandu bas tersebut tersebut dimurahkan rezeki.
“Jarang pemandu bas bagi duit raya kat penumpang. Semoga abang driver bas sentiasa dimurahkan rezeki selalu,” kata seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang berharap agar lebih ramai individu terus menyebarkan kebaikan walaupun melalui cara yang sederhana. -MYBERITA

