Naik bas dapat duit raya, pemandu bas kongsi rezeki dengan semua penumpang…

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang pemandu bas yang memberi duit raya kepada penumpang dalam sebuah bas mencuri perhatian ramai selepas videonya tular di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, pemandu bas yang dikenali sebagai Hafiz dilihat menghulurkan duit raya kepada penumpang ketika menaiki bas. 

Aksi tersebut bukan sahaja mengundang reaksi terkejut dalam kalangan penerima, malah turut mencetuskan suasana ceria dan menghiburkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap pemurahnya yang sanggup berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

Selain itu, pengguna juga mendoakan agar pemandu bas tersebut tersebut dimurahkan rezeki.

“Jarang pemandu bas bagi duit raya kat penumpang. Semoga abang driver bas sentiasa dimurahkan rezeki selalu,” kata seorang pengguna.

@hafizpjack

Duit Raya Penumpang Bas Adik Beradik Ekspres Trip PPD011 Penang ke Dungun Alhamdulillah Dapat Berkongsi Rezeki #duitraya #adikberadikekspres #driverbus #sahabathafizpjack #hafizpjacksifubas

â™Ĵ original sound – HAFIZ PJACK – HAFIZ PJACK

Tidak kurang juga yang berharap agar lebih ramai individu terus menyebarkan kebaikan walaupun melalui cara yang sederhana. -MYBERITA

BACA JUGA:  Pelajar lelaki ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap rakan sekolah
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...