KUALA LUMPUR – Persiapan menyambut Aidilfitri seorang lelaki berubah menjadi situasi tidak dijangka apabila baju kurta miliknya tersangkut pada kabel elektrik di kawasan perumahan semalam.
Menerusi hantaran tular di platform Threads, baju berwarna biru gelap itu kelihatan seolah-olah ‘dijemur’ di tempat yang tinggi.
Pengguna itu berkata, kabel elektrik berkenaan sudah melendut akibat angin kuat pada ketika itu.
“Alahai kurta, mujurlah kau turun sendiri. Nasib baik tak panggil abang bomba,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ramai pengguna terhibur dengan insiden berkenaan dan tidak ketinggalan berseloroh mengenai teknik pengeringan baju yang luar biasa itu.
“Tinggi sangat sangkut tu, baju pun gayat. Nasib baik sempat berpaut sebelum jatuh”, kata seorang pengguna.
“Kalau boleh mesti nak dekatkan lagi dengan matahari biar cepat kering” kata seorang pengguna lain.
View on Threads
Bagaimanapun, orang ramai menasihatkan agar berhati-hati sebelum menyarung baju tersebut kerana risiko arus elektrik masih mungkin wujud. -MYBERITA

