Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri mulai 18 Mac – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung pada Rabu dan Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) sehingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tawaran diskaun itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Langkah ini diharap dapat membantu orang ramai menjimatkan kos perjalanan sekaligus memudahkan pergerakan balik kampung menjelang sambutan Aidilfitri. -MYBERITA

BACA JUGA:  KPT umum baucar buku Madani RM100 untuk pelajar IPT bermula esok hingga 12 Disember
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...