Isnin | 12/10/2026 | 9:00:03 am
HomeSukanSUKMA terakhir jadi kenangan manis, Haris 'tapau' dua penerjun kebangsaan

SUKMA terakhir jadi kenangan manis, Haris ‘tapau’ dua penerjun kebangsaan

SHAH ALAM – Hasrat penerjun Selangor, Haris Mohd Rezal, untuk menutup penampilan terakhirnya di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) dengan kenangan manis tercapai apabila dia menumbangkan dua penerjun kebangsaan bagi meraih emas acara 1 meter (m) papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik Darul Ehsan, hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu hadir ketika Haris, 21, berdepan Nurqayyum Nazmi Nazim dan Yong Rui Jie dari Wilayah Persekutuan (WP), sekali gus membuktikan kemampuannya bersaing dengan penerjun yang sudah memiliki pengalaman di peringkat kebangsaan.

Haris mengumpul 353.80 mata selepas enam terjunan, masing-masing mencatatkan 61.20, 58.50, 62.40, 61.50, 59.20 dan 51.00 mata.

Alif Aiman
Alif Aiman
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang memberi tumpuan kepada penyampaian berita pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|