KUALA LUMPUR – Gelagat seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara datuknya sambil membawa mainan kegemaran benar-benar menyentuh hati orang ramai.
Menerusi hantaran di Threads oleh @ndschaa, sebaik sahaja sampai di kubur, anaknya segera mengeluarkan beg berisi mainan dari kereta.
“Inilah kawan dia, main kereta, lori, kereta api sampai tertidur bersama,” katanya.
Anaknya itu dilihat meletakkan mainannya di pusara datuknya, seolah-olah ingin bermain bersama seperti dahulu.
Rata-rata orang ramai tidak dapat menahan sebak kerana ia memaparkan cara unik seorang kanak-kanak menghargai kenangan bersama ahli keluarga yang sudah tiada.
“Sedihnya, menitik juga air mata kita tengok. Kanak-kanak memang jujur dengan perasaan mereka. Nampak sangat dia sayangkan atuknya,” kata seorang pengguna.
View on Threads
Di samping itu, ada juga pengguna turut berkongsi pengalaman ketika menziarahi pusara ahli keluarga tersayang.
Perkongsian ini juga mendorong orang ramai supaya lebih menghargai ahli keluarga dan mencipta kenangan manis bersama mereka. -MYBERITA

